Category Archives: Buat Renungan

Seorang pelajar cemerlang kecewa tidak dibenarkan menduduki SPM

Seorang pelajar cemerlang kecewa tidak dibenarkan menduduki SPM  | Seorang pelajar cemerlang dalam peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 menghadapi dilema untuk menduduki peperiksaan itu minggu depan kerana permohonan memiliki kad pengenalan sejak berusia 12 tahun tidak diluluskan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panglima Bukit Gantang di sini, Nurul Syuhada Abdul Nasir Idris, 17, berketurunan Kemboja itu kini tidak dibenarkan menduduki peperiksaan SPM yang akan bermula pada 13 November kerana tiada kewarganegaraan. read more

Ibu sebak janin yang digugurkan cukup sempurna walaupun baru berusia 14 minggu

Ibu sebak janin yang digugurkan cukup sempurna walaupun baru berusia 14 minggu | Melihat bayi kecil cukup sempurna pasti menyentuh hati seorang ibu apatah lagi bayi itu yang ditunggu selama ini bagi melengkapi hidupnya. Tetapi berlainan kisah seorang ibu muda apabila terpaksa menggugurkan kandungannya berusia 14 minggu kerana janin itu terhenti degupan jantung. Meskipun perit menerima takdir itu, wanita berusia 40 tahun reda dan ingin kebumikan ‘anak’ itu seperti diinginkan.

Sharran Sutherland, dari Fair Grove, juga berkongsi gambar janin yang dikandungnya sudah ‘sempurna’ meskipun ia hanya setinggi empat inci dan berat hanya 26gram ketika dilahirkan. Katanya, perkongsian itu untuk memberi kesedaran kepada wanita suoaya berfikir sedalamnya sebelum melakukan pengguguran. Dia dan suaminya Michael, 35, membawa pulang ‘bayi’ ke rumah dan menyimpannya di dalam peti sejuk beku selama seminggu sebelum menanam di pasu bunga di rumah mereka. read more