Category Archives: Buat Renungan

Ibu tunggal dan tiga anaknya termasuk bayi berusia dua bulan hidup merempat tanpa dokumen

Ibu tunggal dan tiga anaknya termasuk bayi berusia dua bulan hidup merempat tanpa dokumen | Sudah jatuh ditimpa tangga. Begitulah nasib yang menimpa seorang ibu tunggal dari Semporna, Sabah dan tiga anaknya termasuk bayi berusia dua bulan. Selepas ditinggalkan suami, kehidupan Kamariah Salleh makin tersepit hingga terpaksa mengemis dan hanya tidur beralaskan kotak bersama anak-anaknya yang berusia antara dua bulan dan tujuh tahun.

Tambah menyedihkan, ibu berusia 29 tahun itu dan tiga anaknya hidup berpindah-randah apabila dihalau pemilik premis di mana mereka menumpang teduh. Wanita tempatan ini pernah didatangi sebuah keluarga dari Kuala Lumpur yang prihatin dengan nasib empat beranak yang hidup merempat selepas mengetahuinya daripada laman sosial.Menurut sumber Pertubuhan Kebajikan Anak Leluhur Nusantara (Perkalas), hasrat keluarga tersebut untuk menyara anak-beranak itu bagaimanapun terbantut kerana kesemua anak Kamariah tidak memiliki dokumen kelahiran yang sah. read more

Jutawan kecewa niat baik tidak dimanfaatkan sepenuhnya

Jutawan kecewa niat baik tidak dimanfaatkan sepenuhnya | Taikun China yang mahu berbakti kepada penduduk kampungnya selepas dia menjadi jutawan dengan membina 258 banglo untuk penduduk terbabit, kecewa dengan ketamakan dan tidak tahu bersyukur. Menurut laporan media China, lelaki itu, Chen Sheng, pengasas dan pengerusi syarikat minuman Tiandi No 1 Beverage Inc, membelanjakan 200 juta yuan (RM123 juta) bagi membina 258 banglo mewah di atas tanah disediakan pihak berkuasa tempatan di kampungnya di Guanhu, wilayah Guangdong, lima tahun lalu. read more