Category Archives: Bintang sukan

Pemain bola sepak profesional ditemui mati dengan kepala nyaris putus dan kemaluannya dipotong

Pemain bola sepak profesional ditemui mati dengan kepala nyaris putus dan kemaluannya dipotong | SEORANG pemain bola sepak profesional ditemui mati dalam belukar dengan kepalanya nyaris putus dan kemaluannya dipotong. Polis berkatam Daniel Correa, 24, dibunuh dengan kejam dalam keadaan yang mengerikan.Mayat pemain tengah Sao Paulo di Brazil itu ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan itu di Sao Jose dos Pinhais, di wilayah Curitiba.

Beberapa laporan di Brazil mendakwa punca kematian disebabkan oleh kecederaan akibat pisau.Menurut media tempatan, mangsa kemungkinan diseksa sehingga mati. Seorang pegawai polis berkata: “Ia merupakan keadaan yang sangat kejam berikutan penemuan mayat itu.” Correa menyertai Sao Paulo pada 2014, tetapi baru-baru ini dipinjamkan ke Sao Bento. Pemain tersebut mempunyai kontrak bersama Sao Paulo sehingga Disember tahun ini. read more

Pemain tenis wanita diberi amaran kerana buka baju depan penonton

Pemain tenis wanita diberi amaran kerana buka baju depan penonton | Pemain tenis wanita Perancis, Alize Cornet diberi amaran oleh pengadil lelaki agar tidak mengulangi perbuatannya menukar baju di depan penonton ketika tewas di pusingan pertama Terbuka Amerika Syarikat di tangan pemain Sweden, Johanna Larsson semalam. Cornet, 28, pada awalnya menyalin baju yang dibasahi air peluh akibat cuaca panas di tempat duduk pemain ketika permainan berhenti rehat tetapi membukanya semula di tengah gelanggang selepas menyedari pakaian itu dipakai terbalik. read more