Category Archives: Bintang sukan

Bintang WWE dibelasah enam lelaki gara-gara berebut tempat parkir

Bintang WWE dibelasah enam lelaki gara-gara berebut tempat parkir | Ahli gusti yang juga bekas bintang WWE, Tom Magee mengalami kecederaan teruk pada muka selain patah rahang selepas dibelasah enam lelaki gara-gara berebut tempat parkir. Kejadian malang itu berlaku berhampiran kediamannya di Mar Vista, Los Angeles, baru-baru ini. Saksi berkata, Magee, 59, ditumbuk dan ditendang penyerangnya selepas terlibat dalam pertengkaran.

“Tom bertemu dengan kumpulan pemuda tersebut dan memulakan pergaduhan. “Punca pergaduhan kerana berebut kawasan parkir,” kata teman rapat Magee, Kendall Noxxel. Katanya lagi, akibat pergaduhan itu, Magee mengalami kecederaan serius di muka dan bernasib baik masih hidup. Sementara itu, polis mengesahkan telah menangkap dua individu yang terlibat dalam serangan tersebut. read more

Hafizh Syahrin cedera selepas terlibat dalam kemalangan ketika berbasikal

Hafizh Syahrin cedera selepas terlibat dalam kemalangan ketika berbasikal | PELUMBA MotoGP, Hafizh Syahrin terlibat dalam kemalangan ketika berbasikal dalam sesi latihan di Cataluna, Sepanyol. Menerusi satu entri di laman Instagramnya, Isnin malam, Hafizh yang turut digelar El Pescao telah memuat naik gambar yang menunjukkan kesan luka di peha dan lengan akibat kemalangan itu. “Crash on training today 60kmh the speed (Terbabas sewaktu sesi latihan hari ini dengan kelajuan 60 km/j),” tulisnya. read more