Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kekal sebagai Ketua Menteri Sabah yang sah | Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menolak kes pemula yang difailkan bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman berkaitan isu pelantikan Ketua Menteri Sabah. Sehubungan itu, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kekal sebagai Ketua Menteri Sabah yang sah.
Hakim Datuk Yew Jen Kie dalam penghakimannya menegaskan tindakan enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Sabah yang menyokong pakatan Parti Warisan Sabah (WARISAN), DAP dan PKR membuktikan Musa hilang penguasaan terhadap majoriti Dewan Undangan Negeri (DUN).Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa tidak timbul isu Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin bertindak ultra vires dengan menyingkirkan Musa kerana beliau (Musa) dianggap sudah mengosongkan pejabat apabila menolak meletakkan jawatan selepas hilang majoriti.