Lazada Malaysia

Author Archives: Lulu Caldina

Lazada Malaysia

Apa yang tak kena dengan Jambatan P.Pinang?

Apa yang tak kena dengan Jambatan P.Pinang?  | Jambatan Pulau Pinang akan melaksanakan penutupan lorong dan lencongan trafik selama setahun bermula 22 Ogos ini bagi membolehkan kerja-kerja pemeriksaan serta penyelanggaraan jambatan dijalankan. Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad (PLUS) Mohammad Fuad Khusairi berkata penutupan itu juga merupakan sebahagian daripada prosedur dalam pemeriksaan bagi memastikan struktur kabel Jambatan Pulau Pinang berada dalam tahap terbaik.

“Kerja-kerja pemeriksaan dan penyelenggaran itu memang dijalankan secara berkala iaitu setiap empat tahun dan ia dibuat secara menyeluruh bagi memastikan struktur kabel Jambatan Pulau Pinang berada pada tahap yang terbaik untuk keselamatan orang ramai. “Kabel merupakan elemen utama di Jambatan Pulau Pinang dan perlu diperiksa secara menyeluruh dalam jangka masa tertentu mengikut jadual bagi mengesan sebarang kerosakan kerana ia (kabel) terdedah kepada hujan, panas serta gegaran,” katanya pada sidang media pada Rabu. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan negeri Lim Hock Seng. read more

Wanita kunci suami dalam bilik elak AADK tahan

Wanita kunci suami dalam bilik elak AADK tahan  | Seorang wanita di sini, bertindak mengunci suaminya dalam sebuah bilik di rumahnya bagi mengelak ditahan penguat kuasa AADK Bachok pada Ops Buru di Kampung Bukit Temalong, kelmarin. Difahamkan kelicikan wanita berusia 31 tahun itu menyembunyikan suaminya yang berusia 41 tahun itu membuatkan suspek tidak pernah ditahan walaupun sudah 15 tahun menagih dadah. Ketua Pegawai AADK, Rusdi Yusuf berkata, pasangan itu yang masing-masing bekerja sebagai buruh binaan dan pekerja kedai makan mempunyai empat anak yang masih bersekolah. read more