Syarat pelik ini diterima ketika bakal menghadiri sebuah majlis perkahwinan

 

Syarat pelik ini diterima ketika bakal menghadiri sebuah majlis perkahwinan | SEORANG tetamu yang dijemput menghadiri sebuah majlis perkahwinan telah berkongsi pengalaman ‘ngeri’ apabila menerima emel senarai peraturan pelik daripada wakil pengantin menjelang majlis perkahwinan. Berkongsi senarai itu di media sosial, tetamu berkenaan mendedahkan senarai peraturan panjang daripada ‘perancang perkahwinan’ pengantin perempuan, termasuklah permintaan untuk semua peserta wanita hadir dengan mengikat tocang atau tidak menggayakan rambut serta larangan bercakap dengan pengantin.

Menyifatkan peraturan-peraturan itu sebagai ‘lucu’, posting itu mendapat perhatian ramai. Selepas memperkenalkan diri sebagai perancang perkahwinan, pengirimnya telah menghubungi semua tetamu untuk mengesahkan kehadiran pada majlis tersebut. Ia diikuti dengan senarai panjang ‘syarat dan peraturan’, bermula dengan permintaan bahawa semua jemputan harus tiba 15 hingga 30 minit lebih awal.

Tetamu dilarang keras memakai pakaian berwarna putih, krim atau ivory, manakala wajah penuh solek juga dilarang.’Jangan buat rakaman semasa majlis’ dan ‘jangan check in di Facebook sehingga diarahkan’ juga adalah larangan yang dikenakan ke atas keluarga dan rakan-rakan, sementara hashtag khusus telah ditetapkan untuk mana-mana gambar berkaitan perkahwinan ini. Arahan terakhir adalah semua tetamu mesti membawa hadiah bernilai AS$75 (RM310) atau lebih untuk membolehkan mereka masuk.

Posting itu menarik perhatian netizen yang menganggap permintaan dan larangan itu sebagai bahan lawak. “Cara terbaik untuk membalasnya adalah dengan mengesahkan kehadiran tetapi tidak hadir,’ kata seorang pengguna. Seorang lagi pengguna berpandangan dia akan membayar AS$75 (RM310) ke perkahwinan ini dan menonton drama. -DailyMail

 

.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *