Restoran didakwa tawarkan menu daging bangkai rusa yang mati akibat kemalangan jalan raya

 

Restoran didakwa tawarkan menu daging bangkai rusa yang mati akibat kemalangan jalan raya | BEBERAPA restoran berhampiran zon perlindungan rusa di Hutan Simpan Dafeng Milu yang terletak di timur China didakwa menghidangkan juadah berasaskan daging rusa. Jiangsu News Broadcasting melaporkan, media tempatan berkata, pihaknya menerima banyak aduan sejak Mei lalu daripada sukarelawan perlindungan haiwan yang mendedahkan perkara itu.

Lebih mendukacitakan apabila daging rusa itu diambil daripada haiwan berkenaan yang mati akibat kemalangan jalan raya berhampiran taman berkenaan. Bagaimanapun, semua pihak terlibat telah menafikan perkara itu. Sementara itu, Pengarah Keselamatan taman pelindungan haiwan itu, Liu Bin berkata, semua rusa yang mati akibat terbabit dalam kemalangan jalan raya akan dibawa ke kawasan khusus untuk ditanam.

Bagaimanapun, wartawan yang menyamar sebagai pelancong telah berkunjung ke restoran berdekatan dan membongkar kegiatan berkenaan. Pemilik restoran yang dikenali sebagai Liu memberitahu premis itu menawarkan hidangan daging rusa untuk dua orang pada harga 150 yuan (AS$22),” katanya. Kata Liu lagi, daging rusa itu dibekalkan penceroboh taman perlindungan berhampiran dan juga penternak tempatan yang dengan tidak sengaja melanggar haiwan berkenaan.

Malahan, Liu juga menunjukkan gambar dia memegang tanduk rusa dan turut memaklumkan ianya untuk dijual, begitu juga daging haiwan itu. “Tanduk rusa dilarang dijual,” akui Liu. Sementara itu, Pengarah Pusat Perlindungan Hidupan Liar wilayah Jiangsu, Lu Kecheng berkata, menjual atau memakan daging rusa adalah satu kesalahan.-SCMP

 

 

.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *