Keadaan fizikal pelakon Ako Mustapha di rumah terbuka Astro Warna buat ramai terkejut

 

Keadaan fizikal pelakon Ako Mustapha di rumah terbuka Astro Warna buat ramai terkejut | KELIBAT pelakon Ako Mustapha ketika menghadiri rumah terbuka saluran Astro Warna pada Isnin lalu hampir tidak dikenali gara-gara perubahan fizikalnya yang begitu ketara. Bercakap mengenai perubahannya itu, Ako, 46, berkata, ia adalah hasil ketegasan daripada isterinya, Kartina Abdullah sejak dua tahun lalu yang mahu dia bersenam dan mengamalkan diet demi kesihatannya.

Jelas Ako atau Muhaizad Ahmad Mustapha, sebelum ini berat badannya mencecah 90 kilogram namun berjaya menurunkan angka itu kepada 70 kilogram sahaja. “Ada orang ingat perubahan saya ini mendadak sebaliknya ia usaha yang memakan masa dua tahun untuk mengurangkan 20 kilogram!”Ini semua hasil ketegasan isteri saya yang mahu saya menurunkan berat badan dan mengamalkan gaya hidup serta pemakanan sihat. “Kebiasaannya dia akan pantau apa yang saya makan dan paksa saya bersenam… Apa dilakukan semuanya untuk kesihatan saya,” katanya.

Tambah Ako lagi, perubahan fizikalnya itu juga dilakukan demi kerjayanya sebagai pelakon agar tampak lebih baik dalam kamera.Bercakap mengenai perkembangan terbaharunya, Ako mengakui dia kini sudah jarang berlakon kerana lebih selesa bekerja di belakang tabir. Katanya lagi, sejak beberapa tahun kebelakangan ini dia lebih banyak bertindak sebagai produser menerbitkan program televisyen dan ia memberi kepuasan kepadanya.

“Tawaran berlakon masih ada cuma adakalanya saya tolak sebab kebanyakan watak diberikan sama sahaja… Jika ada yang benar-benar menarik perhatian saya terima. “Sekarang saya banyak terlibat di belakang tabir, meneribtkan program televisyen selain ada bisnes lain,” ujarnya. -Mstar

 

 

.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *