Remaja temui ajal selepas kemaluannya putus digigit jerung ketika berenang dipantai

 

Remaja temui ajal selepas kemaluannya putus digigit jerung ketika berenang dipantai | Seorang remaja menemui ajal apabila diserang jerung ketika berenang di sebuah pantai di Brazil, lebih mengerikan kemaluannya turut putus digigit haiwan itu. Jose Ernestor da Silva, 18, diserang jerung (tiger shark) ketika berenang bersama abang dan sekumpulan rakannya di pantai Piedade berdekatan bandar Recife. Ketika kejadian, da Silva dipercayai berenang di kawasan air dalam, jerung terbabit menyerangnya di saat pengawal pantai mengarahkan remaja itu supaya berenang tidak terlalu jauh.

Rakaman video menunjukkan remaja itu berada dalam keadaan nyawa- nyawa ikan ketika ditarik ke pantai oleh pengunjung. Da Silva dikejarkan ke hospital dalam keadaan kritikal dan dilaporkan mengalami dua serangan jantung. Meskipun menjalani pembedahan kecemasan selama tiga jam, remaja terbabit meninggal dunia tidak lama kemudian. Ibu remaja terbabit, Elisangela dos Anjos, 42, berkata dia melarang anaknya pergi ke pantai tersebut berikutan serangan jerung April lalu yang mengakibatkan seorang pelancong kehilangan tangan dan kaki.

Insiden terbaru itu merupakan serangan ke-65 yang direkodkan di sepanjang pantai Pernambuco, Brazil sejak tahun 1992. Lebih daripada 110 tanda amaran telah dipasang di sepanjang pantai di mana serangan berlaku. – Dailymail

 

 

.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *