Ibu bakar anak dengan harapan ia dapat menyedarkan kanak-kanak perempuan itu selepas ditemui lemas

 

Ibu bakar anak dengan harapan ia dapat menyedarkan kanak-kanak perempuan itu selepas ditemui lemas | SEORANG ibu menyalakan api pada tubuh anaknya yang berusia tiga tahun dengan harapan ia dapat menyedarkan kanak-kanak perempuan itu selepas ditemui lemas. Jirannya yang melihat kejadian itu mendakwa Carly Harris, bertindak membakar anaknya, Amelia-Brooke Harris. Kejadian itu berlaku di kediaman mereka di Trealaw, Rhondda, selatan Wales pada pukul 10.20 malam.

“Kanak-kanak itu lemas dalam tab mandi dan ibunya yang menghidap masalah mental menganggap dia dapat menyedarkan anaknya dengan membakar budak itu,” katanya. Seorang lagi jirannya sedih memikirkan kejadian yang menimpa Amelia. “Carly berdepan banyak masalah sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan saya pasti dia tidak akan membakar anaknya dengan sengaja,” kata jiran itu.

Susulan itu, polis menahan ibu berusia 37 tahun itu untuk disoal siasat. Sementara itu, Ketua Superitendan Dorial Lloyd berkata, pihaknya akan menyiasat secara terperinci kejadian tragik itu. -AP

 

 

.

One thought on “Ibu bakar anak dengan harapan ia dapat menyedarkan kanak-kanak perempuan itu selepas ditemui lemas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *