Bintang WWE dibelasah enam lelaki gara-gara berebut tempat parkir

 

Bintang WWE dibelasah enam lelaki gara-gara berebut tempat parkir | Ahli gusti yang juga bekas bintang WWE, Tom Magee mengalami kecederaan teruk pada muka selain patah rahang selepas dibelasah enam lelaki gara-gara berebut tempat parkir. Kejadian malang itu berlaku berhampiran kediamannya di Mar Vista, Los Angeles, baru-baru ini. Saksi berkata, Magee, 59, ditumbuk dan ditendang penyerangnya selepas terlibat dalam pertengkaran.

“Tom bertemu dengan kumpulan pemuda tersebut dan memulakan pergaduhan. “Punca pergaduhan kerana berebut kawasan parkir,” kata teman rapat Magee, Kendall Noxxel. Katanya lagi, akibat pergaduhan itu, Magee mengalami kecederaan serius di muka dan bernasib baik masih hidup. Sementara itu, polis mengesahkan telah menangkap dua individu yang terlibat dalam serangan tersebut.

Justin Lee, 20, dan Degrate Byrant, 20, turut didakwa dengan tuduhan menyerang dan memiliki senjata berbahaya. Magee terkenal sekitar tahun 80-an ketika WWE masih dibawah jenama WWF. Paling diingati, Magee mengalahkan penggusti popular era tersebut, Bret ‘The Hitman’ Hart. Pada 1982, Magee yang berasal dari Kanada muncul tempat kedua pertandingan World’s Strongest Man. – Dailystar

 

 

.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *