Banduan ditangkap sempat berasmara dua setengah minit dalam tandas OKU

 

Banduan ditangkap sempat berasmara dua setengah minit dalam tandas OKU | Seorang banduan ditangkap menyelinap masuk ke dalam tandas sebuah rangkaian burger untuk melakukan seks ketika pengawal yang membawanya sedang membeli aiskrim di kaunter. Rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) di restoran Hungry Jacks di Australia pada Februari lalu itu menunjukkan lelaki terbabit melampiaskan nafsunya selama dua setengah minit di tandas orang kurang upaya.

Siasatan dilakukan Suruhanjaya Jenayah dan Rasuah mendapati sekumpulan banduan memperdaya pengawal berusia 64 tahun itu untuk berhenti di premis makanan segera  tersebut sebelum meneruskan perjalanan pulang ke pusat tahanan mereka.David Northing dan dua tahanan terbabit memasuki Hungry Jacks di Mundaring di Perth atas alasan hendak menggunakan tandas dan mahu dibelanja pengawal terbabit.

Salah seorang banduan bagaimanapun mempunyai rancangan lain dengan wanita yang sudah menunggunya di dalam restoran terbabit. Selepas ‘urusan’ mereka selesai, lelaki terbabit sempat memberikan nota kepada wanita itu sebelum kembali menyertai rakannya yang lain. Wanita terbabit memberitahu dia dibayar untuk khidmat seks tersebut. Laporan mengenai pelanggaran keselamatan mendapati pengawal terbabit melanggar protokol dengan membenarkan banduan penjara Karnet tidak diawasi di tempat awam. – The Mirror

 

 

.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *