Lelaki dikecam bergambar dengan anak sambil pegang pistol

 

Lelaki dikecam bergambar dengan anak sambil pegang pistol  | Seorang bapa yang juga bekas bintang pasukan National Football League (NFL) memohon maaf selepas bergambar bersama anak perempuan dan teman lelaki anaknya sambil meme­gang sepucuk pistol.Mirror.Co.UK melaporkan, ayah kepada empat orang anak itu, Jay Feely yang kini merupakan seorang usahawan dan penganalisis sukan di televisyen, berkongsi dalam talian sekeping gambar yang memaparkan dia bersama anak perempuan dan teman lelaki anaknya itu.

Dia memuat naik status pada malam kelmarin yang berbunyi: “Semoga bergembira diucapkan kepada anak perempuan saya yang jelita dan pasangannya #LelakiNakal”. Bagaimanapun, sepucuk pistok jelas kelihatan di ta­ngan kanannya. Selepas menerima kecaman negatif, Feely yang berasal Arizona, memohon maaf dan menulis dalam akaun Twitternya bahawa pistol itu hanya gurauan. Feely berkata, anak perempuan­nya dan lelaki ber­­kenaan sudah menjalinkan hu­bu­ngan selama le­bih setahun dan dia mengambil se­rius mengenai ke­se­la­matan pistol ber­ke­naan.

Walaupun demi­kian, aksi Feely, 41, disalah tafsir oleh sesetengah pihak di Amerika Syarikat (AS) ekoran kawalan terhadap senjata api merupakan isu yang hangat didebat ketika ini. Sebilangan kes tem­bakan rambang yang meragut banyak nya­wa berlaku di AS tahun ini, termasuk kes di Sekolah Tinggi Sto­­neman Douglas di Florida yang mengorbankan 17 orang dan kebanyakan mangsa adalah pelajar sekolah. -AP

 

 

.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *