Wanita terpaksa lahirkan anak dalam tandas selepas hospital enggan menerimanya

 

Wanita terpaksa lahirkan anak dalam tandas selepas hospital enggan menerimanya | Insiden seorang wanita melahirkan bayi lelaki di dalam tandas sebuah hospital di timur Mexico mencetuskan kemarahan orang ramai. Dalam kejadian awal pagi Khamis lalu, Zuleima Maldonado, 38, dari pekan Miraflores tiba di unit kecemasan Hospital Umum Chalco ditemani kakaknya, Trinidad kira-kira 5 pagi (waktu tempatan), namun tiada seorang pun kakitangan hospital yang cuba membantunya.

Saksi berkata, selepas tiada petugas menerima dan mendaftar namanya, Zuleima mengambil keputusan pulang sebelum masuk ke tandas. “Saya mendengar tangisan bayi tidak lama selepas dia masuk ke tandas. Serentak itu, ahli keluarganya yang lain meluru membantunya. “Walaupun mereka memanggil doktor berulang kali, bantuan hanya tiba beberapa minit kemudian,” katanya. Bayi berkenaan diterbangkan ke unit rawatan rapi (ICU) Neonatales dan keadaannya dilaporkan stabil.

Sementara itu, seorang kakitangan hospital yang enggan namanya didedahkan berkata, mereka terpaksa menolak pesakit berkenaan kerana kekurangan ubatan dan tidak mempunyai peralatan pembedahan yang lengkap. Katanya lagi, pengarah hospital Irma Alejandro Gonzales Reyes sedia maklum mengenai masalah tersebut namun tidak mengambil sebarang tindakan lanjut. Difahamkan, ini bukan kali pertama insiden pengabaian berlaku di hospital kerajaan di Mexico.

Banyak kes pengabaian pesakit dilaporkan berlaku kerana hospital di negara terbabit kekurangan bekalan ubatan selain tidak mempunyai doktor pakar. – Excelsior

 

.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *