Lelaki bunuh isteri dengan kejam kerana menganggap wanita itu syaitan

 

Lelaki bunuh isteri dengan kejam kerana menganggap wanita itu syaitan | SEORANG lelaki membunuh isterinya kerana menganggap wanita itu sebagai ‘syaitan’. “Saya bunuh dia untuk menyelamatkan kami kerana dia adalah syaitan,” jelas lelaki berusia 43 tahun. Jiran Orlando Estrera di Barangay Holy Spirit, Quezon City memanggil pihak berkuasa pada Ahad lalu selepas melihat dia membuang beberapa bahagian tubuh mangsa yang dicincang berusia 46 tahun.

Ketika ditemui media pda Isnin, Estrera memberitahu bahawa dia tidak menyesal membunuh isterinya yang sudah dikahwini 16 tahun kerana wanita itu mengandungkan syaitan. “Dia mengganggu saya kerana dia adalah syaitan. Dia sendiri yang beritahu pada saya,” jelas Estrera. Sementara itu, Pengarah Polis Daerah Quezon , Ketua Supritendan Guillermo Eleazar memberita lelaki itu akan menjalani rawatan psikologi dan psikiatrik. Eleazar juga memberitahu bahawa ketika menyoal siasat suspek, lelaki itu tidak ada menyebut mengenai syaitan. -AP

 

.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *