Bangkai makhluk laut misteri seolah-olah raksasa Loch Ness ditemui terdampar di tepi pantai

 

Bangkai makhluk laut misteri seolah-olah raksasa Loch Ness ditemui terdampar di tepi pantai | Pelbagai spekulasi timbul apabila bangkai seekor makhluk laut misteri yang dikatakan seolah-olah raksasa Loch Ness ditemui terdampar di tepi pantai di sini. Seorang lelaki, Jeff Warren sempat merakam beberapa gambar dan video mengenai hidupan aneh itu ketika dia dan anak lelakinya menaiki bot di kawasan Perlindungan Hidupan Liar di Pulau Wolf pada Jumaat lalu.

“Pada mulanya, saya menyangka bangkai itu ialah seekor anjing laut namun sangkaan itu meleset apabila ia sebenarnya memiliki leher dan ekor yang panjang menyerupai Loch Ness,” katanya. Setakat ini, beberapa pakar hidupan marin turut bingung mengenai spesies haiwan berkenaan namun beberapa pihak lain menyifatkan ia berkemungkinan bangkai raksasa Loch Ness atau reptilia prasejarah, Plesuisaur. 
– Agensi

 

.

One thought on “Bangkai makhluk laut misteri seolah-olah raksasa Loch Ness ditemui terdampar di tepi pantai

  1. Florrie

    Asking questions are genuinely nice thing if you are not understanding anything completely, however this post provides good understanding
    even.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *