Lelaki tidak dibenar naik pesawat kerana tiada bagasi

 

Lelaki tidak dibenar naik pesawat kerana tiada bagasi | Gara-gara memakai sehingga 10 lapisan baju kerana mahu mengelakkan bayaran bagasi berjumlah AS$124 (RM490), lelaki ini telah dilarang menaiki penerbangan British Airways di Iceland pada awal bulan lalu. Ryan Carnet Williams, seorang artis yang menggunakan nama glamor Ryan Hawaii mendakwa dia ditahan di Lapangan Terbang Keflavik kerana tidak membawa bagasi pakaian. Menerusi rakaman video selama 15 saat, Hawaii menunjukkan dia masih ‘terkandas’ di kaunter masuk walaupun telah memasukkan bagasi seperti ditetapkan syarikat penerbangan itu.

Pada hari sama, Hawaii memuat naik video menunjukkan dia memakai 10 lapisan baju dan lapan pasang seluar hingga menyebabkannya ditangkap pihak berkuasa. Menurut lelaki tersebut, dia sekali lagi dilarang menaiki penerbangan, EasyJet atas alasan tiada bagasi dan terpaksa pulang dengan Norwegian Air. – CNA

 

.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *