“Lebih baik kami yang rogol dari orang lain rogol dia”.. Akui ibu selepas kes suami rogol anak kandung tersebar

 

“Lebih baik kami yang rogol dari orang lain rogol dia”.. Akui ibu selepas kes suami rogol anak kandung tersebar  | Seorang wanita mengatakan dia tidak kisah anaknya dirogol suaminya berulang kali sejak mangsa berusia 12 tahun. “Lebih baik kami yang rogol dari orang lain rogol dia,” kata wanita terbabit dipetik laporan Dailymail. Wanita dan pasangannya yang berusia 34 tahun yang telah ditahan polis juga mengaku melakukan serangan seksual terhadap mangsa menggunakan alat kemaluan palsu.

Mangsa mengatakan dia dirogol oleh ayahnya ketika ibunya menonton aksi tindakan tidak berperikemanusiaan berkenaan. Mangsa yang kini berusia 13 tahun telah diletakkan dibawah jagaan jabatan kebajikan. Fakta kes mengatakan kejadian rogol dan serangan seksual terhadap mangsa dilakukan diantara Disember 2016 hingga Mac 2017. Kedua-dua suspek kini berhadapan dakwaan pedofilia, melacurkan anak dan menjadikan mangsa hamba seks dan berhadapan hukuman penjara 20 tahun jika disabitkan kesalahan. -AP

 

.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *