Anak bunuh diri selepas jadi mangsa buli

 

Anak bunuh diri selepas jadi mangsa buli  | Sebuah keluarga yang kecewa akibat kehilangan anak perempuannya kerana membunuh diri akibat dibuli menjemput pembuli-pembuli siber menghadiri pengebumian remaja tersebut. Remaja itu, Amy Everett atau Dolly, 14, yang pernah menjadi model bagi jenama topi terkenal Akubra membunuh diri selepas tidak tahan menjadi mangsa buli siber pada 3 Januari lalu. Keluarganya yang berasal dari Katherine di Wilayah Utara Australia itu menyalahkan pembuli siber berikutan kematian gadis tersebut.

Bapanya, Tick Everett juga berikrar akan berkempen bagi meningkatkan kesedaran kepada orang ramai mengenai kesan bahaya membuli di alam siber sehingga menyebabkan mereka kehilangan anak perempuan. “Pertama sekali jika ada yang berfikir jenaka dengan membuli dan mengganggu orang lain itu baik bagi mereka, lihatlah apa kesan yang telah berlaku. Sila datang dan lihat kehancuran sepenuhnya yang anda lakukan,” katanya. – Agensi

 

.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *