Lelaki ditahan polis selepas video dia tendang anak kecil tersebar

 

Lelaki ditahan polis selepas video dia tendang anak kecil tersebar | Seorang bapa ditahan polis selepas video dia menendang anak kecil dimuatnaik ke laman media sosial. Dalam video berdurasi 42 saat itu menyaksikan bagaimana si kecil berusaha untuk berdiri di atas ais lorong pejalan kaki namun gagal, saat dia kelihatan berputus asa dan terbaring di situ, ayahnya kelihatan menendangnya.

Impak tendangan tersebut membuatkan si kecil bergerak sedikit, selepas itu, kelihatan ayahnya menyeret kanak-kanak tersebut namun mengubah arah mereka. Beberapa saksi mendakwa bahawa kanak-kanak tersebut ‘buat perangai’ sebelum rakaman bermula. Media tempatan melaporkan bapa berusia 50 tahun itu ditangkap dan kini sedang disoal siasat oleh pihak berkuasa. -AP

 

.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *