WANITA TERINDAH – EZZA MYSARA

 

WANITA TERINDAH – EZZA MYSARA | Sikap panas baran, suka marah-marah dan mulut tidak ada insurans Fahim Aiman tidak pernah menggentarkan hati Nuryn yang merupakan seorang yang sangat sederhana dan disayangi rakan sekerja. Tingkah Nuryn yang mampu tersenyum dan kadang-kala tertawa membuatkan hati Fahim Aiman mula terusik. Terutama melihat layanan mesra Nuryn terhadap ibunya dan ‘anak angkat’ ibunya, Fikri yang menderita penyakit ‘Leukimia Limfoid Akut’.

Kematian ibunya dalam kemalangan jalanraya membuatkan hidup Fahim Aiman kelam kabut. Mana nak bekerja, menguruskan Fikri lagi membuatkan kerjanya terganggu dan dirinya sendiri tidak terurus. Tidak tersangka, Nuryn hadir dan melamarnya menjadi suami. Nuryn dinikahi tanpa pengetahuan orang lain dan bermulalah kisah rumahtangga mereka yang pada mulanya hanya menjadikan Fikri sebagai alasa.

Akhirnya, siapa sangka perkahwinan ini membuatkan Fahim Aiman mula rasa bahagia dan berubah menjadi seorang yang mesra dan penyabar. Namun sebelum kebahagiaan menjadi milik mereka sepenuhnya, rumahtangga mereka pula ditimpa dugaan..

 

Tajuk : Wanita Terindah

Penulis : Ezza Mysara

Halaman : 368 muka surat

Harga : RM30/RM33

 

P/S – Novel ni best sangat, tapi yang tak puasnya, nipis betul lepas tu harganya agak mahal.

 

 

.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *