Tips Waktu Terbaik Beli Tiket Penerbangan Murah

 

Tips Waktu Terbaik Beli Tiket Penerbangan Murah | ANDA boleh menjimatkan wang dengan membuat tempahan tiket penerbangan pada waktu yang tepat, ujar pakar dari momondo.co.uk. Ini termasuklah menempah tiket penerbangan pada waktu, hari, atau minggu yang spesifik. Misalnya, anda mungkin tidak terfikir untuk bercuti pada hari Selasa apabila minggu baru bermula. Namun, jika anda membuat tempahan pada hari itu, tiket penerbangan anda sebenarnya 11 peratus lebih murah.

Walaupun wujudnya peribahasa ‘siapa cepat dia dapat’, istilah ini tidak wujud dalam dunia penerbangan. Harga tiket juga akan menjadi sembilan peratus lebih murah jika anda membuat tempahan pada waktu petang berbanding waktu pagi.Tiket yang ditempah awal juga pastinya lebih murah berbanding harga tiket yang dibeli dua-tiga hari atau pada hari penerbangan. Jika anda membuat tempahan 60 hari sebelum tarikh penerbangan, anda dapat menjimatkan 34 peratus harga tambang.

Namun, ia juga bergantung kepada destinasi yang dituju.Jurucakap momondo.co.uk, Neil James berkata, kajian yang mereka jalankan menunjukkan waktu terbaik untuk melancong berbeza mengikut destinasi yang dituju. “Misalnya, untuk warga Britain yang mahu ke Eropah, penerbangan pada Jumaat lebih mahal berbanding Sabtu. “Ini kerana pada hari Jumaat, kebanyakan harga tiketnya lapan peratus lebih mahal. “Selain penerbangan pada hujung minggu, warga Britain juga patut mempertimbangkan untuk terbang pada Khamis.”Berbeza pula ceritanya jika mahu melancong ke Asia.

Walaupun ada yang menyatakan penerbangan waktu petang lebih murah ke Asia, ia sebenarnya tujuh peratus lebih murah pada waktu pagi. Penemuan itu berdasarkan data yang diambil daripada 100 juta data tambang penerbangan meliputi 1,704 destinasi. Jadi, mereka yang mahu melancong pada tahun hadapan sudah boleh mula membuat perancangan dari sekarang. -AP

 

.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *