Pembedahan terpaksa dibuat untuk keluarkan belut dari abdomen seorang lelaki

 

Pembedahan terpaksa dibuat untuk keluarkan belut dari abdomen seorang lelaki | Sekumpulan doktor menjalankan satu pembedahan untuk mengeluarkan seekor belut yang didapati terperangkap di dalam abdomen seorang lelaki di sini baru-baru ini. Lelaki berusia 40 tahun itu didakwa memasukkan belut itu ke dalam duburnya dan mengalami kesakitan sebelum berkunjung ke Hospital Universiti Nanchang untuk meminta bantuan pada malam Jumaat lalu.

Imbasan Tomografi Berkomputer (CT) oleh doktor menemui satu objek asing yang kelihatan seakan-akan seekor ular berada di dalam abdomen lelaki berkenaan. Lelaki itu enggan menceritakan bagaimana belut itu boleh berada di dalam badannya tetapi doktor menyatakan ia masuk melalui dubur. Pesakit itu kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi dan dilaporkan semakin pulih. 
– Agensi

 

.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *