Lelaki dedah tabiat tidur bersama robot wanita demi untuk memuaskan nafsunya

 

Lelaki dedah tabiat tidur bersama robot wanita demi untuk memuaskan nafsunya | SEORANG lelaki tanpa rasa bersalah mendedahkan tabiatnya tidur bersama robot wanita yang dibeli pada harga 2,000 pound sterling demi untuk memuaskan nafsunya. Lebih memeranjatkan, James berkata isterinya, Tine turut membenarkan tabiat peliknya dengan robot seks tersebut yang diberi nama April. Menurut James, dia akan melakukan hubungan seks dengan April sebanyak empat kali seminggu dan akan membawanya keluar makan malam untuk janji temu.

“Jika terpaksa memilih antara April dan isteri saya, sejujurnya saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan,” kata James. James yang juga jurutera dari Atlanta, Georgia, melakukan hubungan seks dengan April buat pertama kalinya apabila Tine menjaga ibunya yang sedang sakit. “Ia seperti melakukan hubungan seks dengan seorang wanita sebenar,” katanya. Tine berkata pada awalnya dia kurang selesa dengan hobi baharu suaminya tetapi mulai menerimanya dari semasa ke semasa. Kehidupan James bersama robot wanita itu turut disiarkan dalam dokumentari berjudul The Sex Robots Are Coming menerusi Channel 4. -AP

 

.

One thought on “Lelaki dedah tabiat tidur bersama robot wanita demi untuk memuaskan nafsunya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *