LELAKI KIRIMAN TUHAN – UMIE NADZIMAH

-STICKY ENTRY-

LELAKI KIRIMAN TUHAN – UMIE NADZIMAH | Kehidupan Naira sememangnya berbeza dengan orang lain. Punya abang seperti Mirza yang terbelenggu dengan ketagihan dadah, umi yang sakit dan keadaan adiknya Zeenat yang sensitif membuatkan Naira tumbuh menjadi seorang gadis garang dan selalu berwajah masam. Mereka dibelenggu ketakutan dek kerana ada saja lintah darat yang mengejar dan Mirza yang hadir mengejut dirumah menyelongkar beg mahu mencuri duit demi kelangsungan ketagihannya. Mujurlah Naira masih ada resort abah yang menjadi sumber rezeki mereka sekeluarga. Pada Naira dia harus kuat demi umi dan adiknya, Zeenat.

Tiba-tiba saja muncul Raid dalam hidup Naira. Lelaki yang digelarnya ‘hantu’ namun tidak segan-silu menghulur kasih dan cinta buat Naira yang selalu masam muka. Macam-macam akal Raid demi menambat hati gadis kesayangannya. Raid yang selalu ada disaat Naira ada masalah dan tetap setia disamping, membuatkan Naira akhirnya bersetuju menjadi isteri Raid. Sepanjang bulan madu mereka menjadi kenangan yang paling manis buat Naira, sehinggalah satu demi satu rahsia Raid mula terbongkar. Luluh hati Naira namun rupa-rupanya Raid juga punya sisi yang terlalu baik sehingga Naira bakal menyesal tak sudah… Adakah sudah terlewat??

 

Tajuk : Lelaki Kiriman Tuhan

Penulis : Umie Nadzimah

Halaman : 518 muka surat

Harga : RM22/RM25

 

 

*Fully recommended by Lulu Caldina

 

.

 

Incoming search terms:

  • lelaki kiriman tuhan
  • umie nadzimah lelaki kiriman tuhan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *