Kanak-kanak maut selepas wanita seberat 155kg duduk atasnya sebagai hukuman

 

Kanak-kanak maut selepas wanita seberat 155kg duduk atasnya sebagai hukuman | Seorang kanak-kanak maut selepas seorang wanita seberat 155 kilogram duduk diatasnya sebagai satu bentuk hukuman. Menurut laporan SCMP, Veronica Posey, 64, mengenakan hukuman itu terhadap anak saudara perempuannya, Dericka Lindsay yang didakwa degil. Tidak lama selepas beliau duduk diatas mangsa, mangsa didapati tidak lagi bernafas dan pengsan dalam kejadian sabtu lepas. Posey mengatakan beliau terus menelefon 911 dan membuat CPR terhadap mangsa.

Mangsa diisytiharkan meninggal dunia sejam selepas tiba di hospital. Ibu mangsa, Grace Smith mengatakan beliau menghadapi masalah dengan anaknya lalu Posey dipanggil untuk menguruskan Dericka. Posey kini berhadapan dakwaan membunuh tahap kedua dan mendera manakala ibu dan bapa mangsa, James Smith berhadapan dakwaan pengabaian anak. Kesemua tertuduh dijangka dibicarakan pada 3 November depan. -AP

 

.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *