Seorang doktor ditikam di leher ketika mahu tunai solat Asar

 

Seorang doktor ditikam di leher ketika mahu tunai solat Asar | Seorang doktor ditikam di leher ketika tiba di Pusat Islam Altrincham untuk menunaikan solat Asar, semalam lapor Metro.co.uk. Menurut laporan, Manchester Evening News, mangsa, Dr Nasser Kurdy, 58, seorang pakar ortopedik mengalami kecederaan sedalam tiga sentimeter di leher, namun ia tidak mengancam nyawanya. Penolong Ketua Polis Daerah, Konstable Russ Jackson berkata, polis menyifatkan insiden itu sebagai jenayah kebencian.

“Kejadian ini merupakan satu serangan jahat yang bukan berpunca daripada provokasi terhadap lelaki tempatan yang sangat disayangi. Setakat ini kami menahan dua orang bagi membantu siasatan. “Orang ramai tertanya-tanya sebab serangan tersebut. Setakat ini kami menjalankan prosedur tangkapan sebagai jenayah kebencian. “Bagaimanapun, tiada tanda-tanda serangan tersebut berkaitan dengan pengganas,” katanya. Dua lelaki yang ditahan, masing-masing berusia 54 dan 32 tahun. -AP

 

.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *