Pengasuh dipecat selepas curi minum susu ibu (majikan)

 

Pengasuh dipecat selepas curi minum susu ibu (majikan) | Seorang pengasuh dipecat selepas dirakam meminum susu ibu yang sepatutnya diberikan kepada anak majikannya. Menurut laporan Shanghaiist, mangsa yang dikenali sebagai Lin mengatakan susu tersebut sepatutnya diberikan kepada dua anaknya. Kejadian bermula selepas pengasuh berumur 58 tahun berkenaan mengambil susu sebanyak 130 mililiter untuk ‘diberikan’ kepada anak Lin. Pengasuh tersebut kemudian mengatakan anak Lin ‘menghabiskan’ kesemua susu tersebut tetapi Lin tidak mempercayainya.

Lin kemudian memeriksa rakaman CCTV di ruang tamu dan menyaksikan pengasuhnya meminum sebahagian besar susu ibu tersebut. Selain itu, Lin mendapati pengasuhnya tidak menepuk belakang anaknya yang masih kecil seperti kebiasaan selepas diberi minum susu. Agensi yang menggaji pengasuh tersebut bagaimanapun tidak memecat pengasuh berkenaan kerana meminum susu ibu tidak dianggap suatu jenayah. -AP

 

.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *