Pelajar tingkatan dua maut akibat kecederaan parah pada bahagian kepala

 

Pelajar tingkatan dua maut akibat kecederaan parah pada bahagian kepala | Seorang pelajar tingkatan dua maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan dua buah lori di Jalan Sungai Tiram dekat Ulu Tiram di sini hari ini. Dalam kejadian pukul 1.30 petang itu, Muhammad Syanez Irwan Sapar, 14, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Jokhiri Abd. Aziz berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal yang ditunggang mangsa melanggar sebuah lori yang di berhenti di bahu jalan sebelah kiri.

“Kemalangan menyebabkan mangsa terjatuh sebelum datang sebuah lagi lori dari arah belakang yang kemudiannya melanggar mangsa. “Kejadian berlaku ketika hujan lebat dan mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini untuk dibedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi. Jokhiri berkata, kedua-dua pemandu berusia 41 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN

 

.

2 thoughts on “Pelajar tingkatan dua maut akibat kecederaan parah pada bahagian kepala

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *