Keghairahan lelaki ketika memancing bertukar tragedi

 

Keghairahan lelaki ketika memancing bertukar tragedi | Keghairahan seorang lelaki memancing ikan di Sungai Sarawak berhampiran Masjid Terapung di sini berakhir tragedi apabila dia ditemui mati lemas selepas terjatuh ke dalam sungai itu kelmarin. Dalam kejadian pukul 12.30 tengah malam itu, mangsa, Drahman Spawi, 35, yang berasal dari Kampung Sungai Bedil dikatakan terjatuh dari tebing sungai tersebut ketika dia bersama seorang rakannya sedang memancing.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, rakan mangsa yang menye­dari lelaki tersebut terjatuh kemudian menghubungi pihak berkuasa untuk tindakan lanjut. -Kosmo

 

.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *