BAHAGIA YANG TERTANGGUH – RISSA AHDIYA

 

BAHAGIA YANG TERTANGGUH – RISSA AHDIYA | Sebenarnya masa mula-mula nak beli novel, tak terfikir pun nak pilih novel ni. Tapi hati terasa terpikat bila baca sinopsis novel ini dibelakang buku. Dan alhamdulillah berbaloi, novel ni memang best.

Masa mula baca geram juga, sakit hati bila watak utamanya iaitu Nurin Hana dilayan tidak adil oleh suami sendiri, Zakhwan dan juga keluarga sebelah mertua. Layanan kasar Zakhwan serta setiap kali Hana diumpamakan seperti orang gaji sampai ke kemuncak selepas suatu hari Hana mendapati telefon bimbit suaminya menerima panggilan daripada seorang yang dinamakan ‘Kak Tipah Kerani’. Kecurigaan Hana menjadi kenyataan selepas melihat mesej-mesej antara Zakhwan dan wanita itu yang sebenarnya bernama Azrin Sofea, seorang janda dengan dua anak. Ya, Hana benar-benar terpukul dengan hakikat itu. Segala pengorbanannya selama ini tidak berbaloi.

Hana diceraikan tanpa diberi hak menuntut kecuali hak penjagaan satu-satunya anak mereka, Raiqal. Bangkit dengan lebih bersemangat, Hana bertemu dengan Armin seorang juruterbang yang terang-terangan menyatakan perasaan buat Hana. Sejujurnya Hana trauma dengan perkahwinannya terdahulu. Dia nekad untuk tidak berkahwin lagi namun kehadiran keluarga Armin yang begitu penyayang membuatkan Hana malah membuka hatinya untuk kembali merasa bahagia.

Namun berbeza pula dengan Zakhwan. Sebaik saja berpisah dengan Hana, dia mula terasa ada yang tidak kena dengan hidupnya. Dia mula nampak sikap buruk Azrin Sofea dan mula menyusun strategi pula untuk memikat hati si bekas isteri. Tanpa mengetahui Hana sudah mula meniti alam bahagia. Tapi nampaknya Azrin Sofea tidak akan duduk diam setelah Zakhwan menjauhkan diri. Berjayakah Zakhwan memiliki Hana semula? Bahagia kan Hana jika memilih Armin?

Tajuk : Bahagia Yang Tertangguh

Penulis : Rissa Ahdiya

Halaman : 570 muka surat

Harga : RM24/RM27

 

 

*Fully Recommended By Lulu Caldina

 

.

 

2 thoughts on “BAHAGIA YANG TERTANGGUH – RISSA AHDIYA

  1. Rissa Ahdiya

    Terima kasih banyak-banyak atas kesudian buat review untuk BYT. Harap-harap terhibur dengan novel ni. Maaf jika ada yang terkurang.😊

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *