Pembantu rumah ditahan selepas muat naik barang curi dalam Instagram

 

Pembantu rumah ditahan selepas muat naik barang curi dalam Instagram | Seorang pembantu rumah warga Indonesia ditahan selepas 11 bulan melarikan barangan mewah milik bekas majikannya. Wanita itu mencuri sebuah jam tangan jenama Chopard bernilai S$35,000 (RM110,145), beg tangan Celine S$7,500 (RM23,608) dan dompet jenama Hermes bernilai S$10,000 (RM31,477) dan memuat naik gambar barangan itu ke laman Instagramnya ketika bekerja dengan majikan lain di Singapura. Bagaimanapun tindakannya itu disedari kakak majikannya, Lisa Lee yang segera membuat laporan polis.

Siti Nur Sopiyati, 32, ditahan dan dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan pada Isnin, selepas mengaku bersalah mencuri. Selain beg dan dompet, dia turut mencuri baju T-shirt bernilai S$150 (RM472) dan cincin emas dengan berlian bernilai S$1,800 (RM5,665) dari pangsapuri Nassim Hill, Januari tahun lalu. Pegawai pendakwa, Penolong Penguasa Kevin Lee Ming Woei berkata, Siti yang bekerja untuk Lee dari 2013 hingga Mac tahun lepas, membersihkan bilik tidur utama ketika dia mencuri lima barangan bernilai S $ 54,450 (RM171,367) dari almari majikannya.

Dia menyembunyikan barang curi berkenaan di dalam biliknya sebelum meminta seorang wanita Indonesia membantunya menghantarnya pulang ke negara asalnya. Lee sebelum itu membuat laporan polis selepas mengesyaki wanita itu mencuri namun barang miliknya yang dilarikan, tidak ditemui. Siti diberhentikan dan perbuatannya akhirnya terbongkar selepas gambar dia memperagakan barangan yang dicurinya, disedari keluarga majikannya, lapor Asia News Network

 

.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *