Lazada Malaysia

Pemain tenis terkemuka dunia Venus Williams dituduh sebabkan kemalangan maut

 

Pemain tenis terkemuka dunia Venus Williams dituduh sebabkan kemalangan maut | PEMAIN tenis terkemuka dunia, Venus Williams, dinamakan sebagai pihak yang bersalah dalam kes kemalangan melibatkan dua kenderaan di Florida pada 9 Jun lalu, yang meragut nyawa seorang penumpang, menurut satu laporan awal polis yang dikeluarkan pada Selasa. Berita itu dilaporkan oleh media pada Khamis, beberapa hari sebelum atlet berusia 37 tahun itu merancang untuk bertanding di Wimbledon, yang akan bermula minggu depan di England.
Dalam laporan yang diserahkan kepada Reuters itu, Williams dipertanggungjawabkan kerana gagal memberi laluan kepada pemandu lain di satu persimpangan.

Laporan itu juga menyebut seorang pemandu, Linda Barson, 68, baru sahaja memasuki persimpangan berkenaan sewaktu lampu hijau untuknya, dan ternampak kenderaan Williams yang tiba-tiba sahaja di depan kenderaannya, menyebabkannya gagal mengelak lalu merempuhnya. Seorang pemandu lain juga mengaku ternampak Barson memasuki simpang itu ketika lampu isyarat berwarna hijau. Penumpang kereta Barson, Jerome Barson, 78, mengalami kecederaan dan dihantar ke Pusat Trauma Florida, namun meninggal dunia 13 hari selepas itu. Laporan juga menyebut Williams memandu pada kelajuan 8 kilometer sejam sewaktu kejadian, dan disahkan bukan berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol. -AP

 

.

Lazada Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *