Lazada Malaysia

Dua ketua kampung dikenakan hukuman sebat kerana berjudi

 

Dua ketua kampung dikenakan hukuman sebat kerana berjudi | Polis di sini semalam menangkap sembilan orang kerana berjudi, termasuk dua ketua kampung dan seorang ahli jawatankuasa kampung di sebuah gerai di kampung Blang Raya di daerah Muara Dua. Penyelarasan ‘pasukan bintang’ polis Lhokseumawe, Komodor Ahzan berkata, pihaknya menyerbu kedai berkenaan selepas menerima aduan daripada penduduk tempatan bahawa kedai makan itu juga sarang judi.

“Anggota saya berjalan sejauh 50 meter menuju ke gerai berkenaan bagi memastikan kedatangan mereka tidak disedari oleh penjudi berkenaan,” kata Ahzan kepada akhbar kompas.com Dua ketua kampung yang ditahan itu masing-masing berumur 40 dan 34 tahun sementara ahli jawatankuasa kampung terbabit berusia 34 tahun. “Kami merampas tujuh kotak kad domino, dua set pakau dan wang tunai berjumlah Rp11.8 juta (RM3,800).Menurutnya, polis juga merampas barangan milik suspek, termasuk enam dompet, enam telefon bimbit dan empat motosikal. -AP

 

.

Lazada Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *