Undang-undang baharu Persatuan Bola Sepak England (FA) – Pemain buat ‘drama’ akan digantung

 

Undang-undang baharu Persatuan Bola Sepak England (FA) – Pemain buat ‘drama’ akan digantung | PEMAIN Liga Perdana Inggeris (EPL) yang gemar dive atau sengaja pura-pura terjatuh akan dikenakan hukuman penggantungan bermula musim depan di bawah undang-undang baharu Persatuan Bola Sepak England (FA). Di bawah undang-undang itu yang diluluskan badan pentadbir bola sepak negara tersebut, sebuah panel akan mengkaji semula rakaman setiap Isnin bagi mencari kes simulasi.

Mana-mana pemain yang didapati bersalah kerana sengaja menjatuhkan diri akan digantung perlawanan. FA juga mengumumkan bahawa badan induk itu meluluskan pembaharuan yang dicadangkan pada Mac lalu itu selepas menerima kritikan mengenai cara ia dikendalikan. FA mentakrifkan kesalahan baharu itu di mana pemain akan dihukum kerana berjaya menipu pegawai perlawanan. Hanya insiden yang menyebabkan pemain memenangi penalti atau membawa kepada pemain lawan dibuang padang sama ada melalui kad merah atau kad kuning akan dihukum.

FA berkata mereka akan bertindak jika terdapat bukti jelas dan kukuh menunjukkan seorang pegawai perlawanan ditipu oleh perbuatan simulasi sehingga menyebabkan pasukan pemain yang bersalah dianugerahkan sepakan penalti dan pemain lawan dibuang padang. Panel bagi mengkaji semula rakaman itu terdiri daripada seorang bekas pegawai perlawanan, seorang bekas pengurus dan seorang bekas pemain. Hukuman penggantungan seperti itu turut digunapakai di Scotland sejak 2011. -AP

 

.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *