Lazada Malaysia

Rakaman pakar bedah dan jururawat bergaduh dalam bilik pembedahan tular

 

Rakaman pakar bedah dan jururawat bergaduh dalam bilik pembedahan tular | Sebuah rakaman yang memaparkan seorang pakar bedah dan jururawat bergaduh di dalam bilik pembedahan tular di China. Rakaman video pada 12 Mei itu menunjukkan dua pekerja perubatan masih berpakaian uniform pembedahan dilihat bertengkar sesama sendiri. Lelaki itu pada mulanya melemparkan sarung tangan kepada seorang jururawat menyebabkan wanita itu bertindak balas dengan menumbuk lelaki berkenaan.

Lelaki berkenaan terus menumbuk berulang kali wanita itu dan pekerja yang lain dilihat cuba menghentikan pergaduhan itu. Insiden berkenaan dilaporkan berlaku di Lankpu, wilayah Henan, tengah China. Sementara itu, berdasarkan rakaman soal siasat dengan pegawai penyiasat polis, lelaki itu berkata, insiden itu berlaku selepas tamat pembedahan dan tiada pesakit di dalam berkenaan ketika kejadian. Polis tidak mendedahkan punca yang membawa kepada perbalahan tersebut. -AP

 

.

Lazada Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *