Lazada Malaysia

Misteri penemuan mayat lelaki yang tergantung pada pokok

 

Misteri penemuan mayat lelaki yang tergantung pada pokok | Niat seorang pelajar berusia 18 tahun untuk mandi di Sungai Pecah Batu, Trong, di sini tidak kesampaian apabila dia dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki yang tergantung pada tali di pokok. Dalam kejadian kira-kira jam 12.15 tengah hari itu, mangsa dikenali sebagai Yeng Yong Sooi, 54, dari Trong dipercayai telah meninggal dunia. Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah berkata, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati kepala mangsa telah tergantung dengan tali nylon di sebatang pokok.

Menurutnya, kaki mangsa pula berada di atas motosikal dan sebelah lagi di bawah. “Motosikal yang berada di tempat kejadian pula adalah milik mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, di sini. Dalam perkembangan berkaitan, Harrith Kam berkata, mayat berkenaan kemudiannya di bawah ke Hospital Taiping untuk proses bedah siasat. “Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia kerana menggantung diri.

“Difahamkan tidak ada saksi semasa kejadian dan tidak ada sebarang unsur perbuatan jenayah. “Sehingga kini, siasatan lanjut masih diteruskan bagi mencari ahli keluarga ataupun kenalan mangsa bagi mengetahui punca mangsa menggantung diri,” katanya. -SH

 

.

Lazada Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *