Lazada Malaysia

Ketahui cabaran Blue Whale Challenge yang menggalakan remaja bunuh diri

 

Ketahui cabaran Blue Whale Challenge yang menggalakan remaja bunuh diri | PIHAK berkuasa di beberapa buah negara mengeluarkan amaran kepada ibu bapa berhubung satu cabaran yang tular dalam kalangan remaja menerusi atas talian. Cabaran yang dinamakan Blue Whale Challenge ini mensasarkan remaja untuk melakukan pelbagai aktiviti merbahaya, dengan kemuncak untuk ‘memenangi’ cabaran ini ialah terjun dari bangunan tinggi.

Dengan kata lain, bunuh diri.

Sebelum sampai ke peringkat itu, mereka yang mendaftar untuk melakukan cabaran ini akan diminta untuk melakukan 50 jenis tugasan, antaranya mengelar dan mengukir pergelangan tangan dengan pelbagai corak, berdiri di pinggir kren yang tergantung dan berdiri di atas landasan kereta api.Cabaran itu dikatakan bermula di Rusia pada 2015, dan sehingga kini telah mengakibatkan kematian kira-kira 130 orang remaja. Ia kembali diperkatakan apabila dua remaja di Rusia, Yulia Konstantinova, 15, dan Veronika Volkova, 16, maut selepas terjun dari bangunan apartment 14 tingkat, Februari lalu.

Status terakhir Yulia di Instagram adalah sekeping gambar ikan paus dengan kapsyen ‘End’ (tamat). Veronika pula kerap memuat naik status yang membayangkan tekanan yang dialami, dengan kapsyen berbunyi ‘Pernahkah anda rasa tidak berguna’ dan ‘Saya cuma bayang-bayang’. Bagaimanapun, sehingga kini, pihak polis di negara itu belum dapat membuktikan jika kes-kes bunuh tersebut benar-benar ada kaitan dengan cabaran berkenaan. Ini kerana, Rusia merupakan antara negara yang mempunyai jumlah kes bunuh diri paling tinggi di dunia, dengan tahun 2013 sahaja mencatatkan lebih 400 kes. -AP

 

.

Lazada Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *