Lazada Malaysia

Pelakon Zarina Zainuddin buat keputusan tarik diri dari drama Dendam Aurora

 

Pelakon Zarina Zainuddin buat keputusan tarik diri dari drama Dendam Aurora | Gara-gara dihentam peminat ekoran tindakannya membuka tudung bagi menjayakan watak dalam drama, Dendam Aurora, pelakon Zarina Zainuddin membuat keputusan menarik diri daripada projek terbabit. Zarina, 46, berkata keputusan itu dibuat atas kehendaknya sendiri selain menyifatkan, ia mungkin ujian yang harus dilalui dalam usaha untuk menjadi Muslimah lebih baik.

“Saya sudah berbincang dengan pihak produser. Alhamdulillah, dia faham sebab saya menarik diri daripada terus berlakon dalam siri itu. “Mujur saya baru menjalani penggambaran untuk satu babak saja dan mereka juga sudah mempunyai pengganti saya. Apa pun, perkara ini benar-benar membuatkan saya tidak boleh tidur malam. “Insya-Allah, semoga segala urusan saya selepas ini dipermudahkan, selain dapat hidup lebih tenang,” katanya. Baru-baru ini, Zarina dihentam hebat oleh netizen gara-gara memuat naik foto berambut palsu bagi menjayakan drama rantaian 100 episod, Dendam Aurora.

Ramai yang mengecam pelakon itu kononnya tidak konsisten dalam proses penghijrahannya, sejak September tahun lalu. Berikutan itu, pelakon terbabit terpaksa memadam entri berkenaan atas permintaan suami yang enggan membiarkan netizen terus menghentam dirinya. Sementara itu, Zarina berkata, suaminya turut menasihatinya agar menjaga hati peminat yang menyukai dirinya sejak dulu lagi.

“Kata suami, apabila orang sudah sayang dan terima kita, jagalah perasaan mereka. Kita ada agama, maka buat sesuatu ikut landasan agama. Jadikan contoh yang baik demi keluarga yang kami bina. “Insya-Allah, rezeki akan datang dari mana-mana sudut yang tidak dijangka. Semoga Allah mempermudahkan segala-galanya,” tutur pelakon berpengalaman itu. -BH

 

.

Incoming search terms:

  • novel dendam aurora
  • pelakon dendam arora
  • zarina zainuddin bertudung
Lazada Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *