Lazada Malaysia

Lelaki takkan sangka perbuatannya pecah tabung masjid dirakam CCTV

 

Lelaki takkan sangka perbuatannya pecah tabung masjid dirakam CCTV  | Mungkin tidak menyangka masjid itu dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) hingga menyebabkan perbuatannya yang memecah tabung Masjid Kampung Pianggu, di sini, semalam berjaya dirakam. Dalam kejadian sekitar jam 10 pagi itu, dua tabung telah dikopak oleh suspek yang kemudiannya melarikan wang terkumpul dalam tabung itu.

Setiausaha Jawatan Kuasa Masjid Kampung Pianggu, Md Nasir Ab Aziz, berkata, kedua-dua tabung yang telah dikopak itu disedari oleh seorang AJK yang kebetulan singgah di masjid sekitar jam 12 tengah hari untuk mengambil anaknya di sekolah yang terletak bersebelahan masjid. Menurutnya, AJK berkenaan masuk ke dalam masjid dan melihat tabung telah dikopak dan wang terkumpul sudah tiada selain keadaan sekitarnya bersepah. “Kedua tabung itu bukan untuk masjid sebaliknya masing-masing bagi tujuan sumbangan kepada Sekolah Tahfiz Al-Umm, Kampung Sepakat dan satu lagi kutipan sumbangan untuk tujuan kebajikan.

“Selepas menyedari kejadian itu, pihak AJK memeriksa rakaman CCTV dan berjaya merakam suspek yang melakukan perbuatan itu dengan memakai seluar pendek paras lutut berselepang tuala serta menaiki kereta Proton Wira warna hitam…,” katanya. Md Nasir berkata, kejadian itu sebelum ini pernah berlaku beberapa kali tetapi tiada bukti menyebabkan pihak masjid tidak membuat laporan kepada polis. Berikutan itu, pihak masjid memutuskan untuk memasang CCTV supaya ada bukti sekiranya kejadian sama berlaku lagi dan terbukti berkesan hingga berjaya merakam muka serta kereta yang dinaiki suspek.

Beliau berkata, kemungkinan kali ini suspek terperangkap dengan rakaman CCTV kerana melakukan perbuatan salah itu tanpa menutup mukanya seterusnya memudahkan pihak berkuasa mengesannya. “Kita sudah serah bukti kepada pihak polis dan berharap suspek dapat ditangkap serta diberi hukuman setimpal agar menjadi pengajaran kepada,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azli Mohd Nor yang dihubungi mengesahkan kejadian dan kes itu kini dalam tindakan pihaknya. “Berdasarkan bukti rakaman CCTV yang diberikan, setakat ini suspek telah dikenal pasti,” katanya. -SH

 

.

Lazada Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *