Julia Perez Dikhabarkan Semakin Kritikal Dan Kini Berada Di ICU

 

 Julia Perez Dikhabarkan Semakin Kritikal Dan Kini Berada Di ICU | Keadaan penyanyi dan pelakon Indonesia, Julia Perez dikhabarkan semakin merosot kesan akibat penyakit kanser yang dihidapi sejak 2014. Terbaru, kira-kira pukul 7 malam, 20 April 2017, Jupe telah dibawa keluar dari biliknya untuk dibawa ke unit rawatan rapi.

Sebelum ini akhbar melaporkan Ingatan Jupe dilaporkan mula merosot dan sukar mengenali orang disekelilingnya kesan daripada kanser servik yang dialaminya. Adik kepada Jupe, Nia Anggia memberitahu media negara itu kesihatan kakaknya semakin parah dan sukar untuk mengenali anggota keluarganya sendiri. Malah menurut teman rapat Jupe, Eko Patrio berkata, selain berat badan semakin merosot, Jupe, 36, juga sudah tidak mampu berjalan kerana kaki kirinya membengkak. -Mstar

 

.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *