Allah.. Anak tahu kemalangan bapa melalui Facebook

 

Allah.. Anak tahu kemalangan bapa melalui Facebook | Seorang anak yang tinggal di Jasin, Melaka terkejut apabila mendapat tahu bapanya terlibat dalam kemalangan di sini selepas membaca pesanan ringkas seorang rakan di akaun Facebook miliknya pada malam kelmarin. Menurut Mohamad Azhar Che Azemi, 28, pesanan ringkas di laman sosial itu bertulis: “Angah, Pak Hang ‘eksiden’ (Angah, bapa kamu kemalangan).” “Saya terus menghubungi bapa (Che Azemi Idris, 60) beberapa kali, namun tidak berjawab sehinggalah panggilan dijawab seorang anggota polis.

“Berita yang saya terima amat mengejutkan apabila dimaklumkan bapa saya bersama ibu tiri dan adik meninggal dunia dalam kemalangan itu,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini semalam. Katanya yang merupakan guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Jasin, dia kemudian bergegas pulang ke HSAH untuk menguruskan ketiga-tiga jenazah itu.

“Saya reda dengan pemergian bapa, ibu tiri (Fatimah Wati Ishak, 46) dan adik perempuan (Nurraisya Hanaa, 3) selain menyerahkan siasatan kepada pihak polis,” ujarnya. Tambahnya, jenazah ketiga-tiga mangsa dikebumikan di dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Kampung Tembak B, Kuala Ketil, Baling dekat sini. -Kosmo

 

.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *