Lazada Malaysia

Warga asing dipukul orang kampung kerana tabiat tidak bermoralnya

 

Warga asing dipukul orang kampung kerana tabiat tidak bermoralnya | Merenung tajam dengan ‘mata gatal’ selain mengambil kesempatan memegang mana-mana bahagian tubuh pelanggan wanitanya yang menggiurkan termasuk isteri orang antara tabiat tidak bermoral peniaga runcit warga asing di Kampung Mulong, di sini sehingga dua mangsa membuat laporan polis atas dakwaan mencabul. Laporan terbaru itu dibuat selepas mereka menjadi mangsa peniaga berkenaan ketika membeli barang keperluan harian pada Jumaat dan kelmarin.

Akibat perbuatan tidak bermoral itu, peniaga runcit warga asing itu cedera dipukul ahli keluarga mangsa dan orang kampung dalam kejadian kelmarin dan terpaksa dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II. Seorang daripada mangsa itu yang mahu dikenali Ana, 22, berkata, dia ke kedai runcit itu yang dibuka 24 jam untuk membeli ubat sakit kepala kerana adiknya sakit kepala kira-kira jam 10 malam, Jumaat lalu. “Ketika masuk ke kedai, tiada pelanggan lain cuma peniaga lelaki warga asing itu saja dan dia memerhatikan saya sehingga saya rasa tidak selesa. -Metro

 

.

Lazada Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *