Lazada Malaysia

Lelaki dihukum penjara bayar denda selepas curi 2 helai jubah dan sehelai tudung

 

Lelaki dihukum penjara bayar denda selepas curi 2 helai jubah dan sehelai tudung | Gara-gara mencuri jubah dan tudung di sebuah kedai, seorang penganggur dihukum penjara tiga hari dan denda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini. Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd. Farris Mohammad, 38, selepas dia mengaku bersalah mencuri dua helai jubah dan sehelai tudung bernilai RM90.40 di Kedai Muaz Textiles, Jalan Melayu di sini, pada 1.30 petang, 17 Mac lepas. Mahkamah memerintahkan hukuman itu bermula dari tarikh tangkap pada 17 Mac dan tertuduh akan dipenjara sebulan lagi jika gagal membayar denda.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda, dan bagi kesalahan kali kedua atau seterusnya hendaklah diseksa dengan penjara dan boleh juga dikenakan denda atau sebat. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia menghidap penyakit batuk kering. – Bernama

 

.

Incoming search terms:

  • hukuman akta 380
  • sek 380
  • 380 ka
  • defonasi sek 380 kk
  • jubah muaz textile
  • seksen 380
Lazada Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *