Kilang cetus kontroversi selepas didapati proses lampin kitar semula

 

Kilang cetus kontroversi selepas didapati proses lampin kitar semula| Sebuah kilang di China didapati mengeluarkan lampin untuk orang dewasa dengan mengitarkan semula lampin yang sudah digunakan. Penemuan itu sekali lagi mencetuskan persoalan mengenai etika perdagangan di negara itu. Kegiatan kilang yang terletak di bandar Linyi di wilayah Shandong itu terbongkar dalam satu siasatan bersama oleh pihak berkuasa kesihatan, perniagaan dan kawalan kualiti sempena hari hak pengguna negara itu, kelmarin.

Longgokan lampin yang sudah digunakan disusun setinggi empat hingga lima meter di dalam kilang berkenaan, menurut laporan portal berita Iqilu.com. Cebisan lampin dan kapas bertaburan di lantai premis seluas 400 meter persegi itu yang menyebabkan bau busuk sekitar kilang itu. -AP

 

.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *