Anak Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin terlibat kemalangan menjelang 2 minggu sebelum nikah

 

Anak Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin terlibat kemalangan menjelang 2 minggu sebelum nikah | Dua minggu menjelang majlis pernikahannya, anak bongsu Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin, Putera Hang Nadim terlibat dalam satu kemalangan kecil berdekatan Terminal Bersepadu Selatan (TBS) petang tadi. Dalam kejadian tersebut, Putera Hang Nadim yang dalam perjalanan pulang ke rumah dengan menunggang motosikal telah dihimpit oleh sebuah kereta dari sebelah kanan sehingga menyebabkan dia terjatuh.

Berikutan itu, dia mengalami kecederaan ringan di bahagian kiri badannya dan terpaksa menunggang motosikal tersebut ke rumah untuk mendapatkan rawatan. “Selepas kemalangan, motorsikal mengalami sedikit kerosakan tetapi saya gagahi juga balik ke rumah untuk mendapatkan rawatan. Kalau tidak, siapa nak tolong kan. “Majlis pernikahan akan diteruskan seperti biasa. Darah manis sangat sampai kemalangan ini. Cuma majlis persandingan akan ditunda, mak pun masih dalam edah,” katanya. – UTUSAN

 

.

Incoming search terms:

  • majlis pernikahan putera hang nadim anak tan sri jins shamsudin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *