Lazada Malaysia

Tahniah! Stacy dan Akim dapat anak perempuan

 

Tahniah! Stacy dan Akim dapat anak perempuan  | Penyanyi dan isteri kepada Akim Ahmad iaitu Stacy selamat melahirkan anak perempuan kira-kira pukul 5.17 petang Jumaat. Bayi seberat 2.97 kilogram itu dilahirkan di Pusat Perubatan Prince Court, dekat sini. Akim atau nama sebenarnya Afiq Akim Ahmad, 26, menerusi laman sosial Instagram memberitahu bahawa isteri dan bayi berkenaan kini berada dalam keadaan baik.

“Di petang Jumaat penghulu segala hari, isteri saya telah selamat melahirkan putri kami. Syukur semuanya baik-baik sahaja, terima kasih diatas doa anda semua,” ujarnya. Pasangan selebriti ini berkahwin pada 5 Februari 2016 dalam sebuah majlis yang diadakan di Hotel Shangri-La, Kota Kinabalu Sabah. Pasangan ini mempunyai seorang anak angkat bernama Bell Deluna Valentina yang kini berusia tiga tahun. -Mstar

 

.

Lazada Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *