Lazada Malaysia

Sarawak berkabung.. Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem meninggal dunia

 

 Sarawak berkabung.. Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem meninggal dunia | Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, 72, meninggal dunia hari ini, 16 hari sebelum hari lahirnya yang ke-73. Perkara tersebut disahkan oleh Bernama yang menghubungi anak saudara Allahyarham.Allahyarham dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan, kira-kira pukul 1.20 petang tadi. Sementara itu Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg pada satu sidang akhbar di Kuching petang tadi berkata jenazah Ketua Menteri Sarawak itu akan dibawa dari kediaman peribadinya di Santubong ke Masjid Jamek Sarawak Petra Jaya 10 pagi esok dan orang ramai boleh memberi penghormatan terakhir bermula 10.30 pagi.

Selain itu turut diumumkan, tujuh hari tempoh berkabung dan bendera dikibar separuh tiang untuk seluruh negeri Sarawak. Esok turut diumumkan sebagai hari kelepasan am bagi negeri Sarawak. Allahyarham menjadi Ketua Menteri Sarawak yang kelima selepas mengambil alih jawatan itu daripada Tun Abdul Taib Mahmud pada 28 Feb, 2014. Adenan telah membawa Barisan Nasional mencapai kemenangan besar pada pilihan raya negeri Sarawak ke-11 pada 7 Mei, 2016. -Awani

 

.

Lazada Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *