Mereka sempat bergambar sebelum kemalangan maut yang menyayat hati itu berlaku

 

Mereka sempat bergambar sebelum kemalangan maut yang menyayat hati itu berlaku | Medan, Indonesia : Enam beradik berusia sembilan bulan hingga 12 tahun antara sembilan yang terkorban selepas kenderaan yang mereka naiki terjunam ke dalam sebuah kolam di Desa Tanjung di sini semalam. Dalam kemalangan pada pukul 4.30 petang itu, 12 sekeluarga berkenaan dilaporkan dalam perjalanan dari Bakkara ke Desa Tualang untuk menyambut tahun baru di rumah saudara mereka.

Bagaimanapun ketika tiba di lokasi nahas, kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza yang dipandu Lamsir Banjarnahor, 32, terjunam ke dalam kolam di tepi jalan tersebut akibat hujan lebat.Ketua Polis Daerah Dairi, Kobul Syahrin Ritonga berkata, tiga daripada 12 mangsa berjaya diselamatkan oleh orang awam dan hanya mengalami kecderaan ringgan manakala selebihnya meninggal dunia kerana lemas.

Mereka yang terkorban ialah Joya Banjarnahor (9 bulan), Ardino Banjarnahor (13), Renuenti Banjarnahor (12), Pranata Banjarnahor (4), Pani Banjarnahr (5), Purida Turnip (30), Endang (35) serta pemandu MPV tersebut. Kesemua mayat telah dibawa ke hospital untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengkebumian. -AP

 

Lazada Malaysia

.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *